Monday, January 31


"Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas

cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu
dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap
hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita

mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
dipersalahkan,

relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..

Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa

Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya

apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri

Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu..."


p/s : hey ! when someone borns , their fate has been decided by ALLAH . .

so don't worry about your LIFE .

cheer the life up ..(-_-)