Monday, February 14

Aku Cuma Insan Biasa






> Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.
>
> 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal.
>
> Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan
nada terkejut.
>
> "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,
nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
>
> Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.
>
> "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung
matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
>
> "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"
>
> Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
>
> Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan...
>
> 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
>
> "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
>
> "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk
Siti ketika pulang."
>
> "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
> membawa Siti pulang ke rumah."
>
> "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut
kaki Siti yang sengal itu."
>
> "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."
>
> "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
>
> "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
>
> "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian
Abang."
>
> "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."
>
> "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
>
> Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
>
> "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri
> di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
>
> Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
>
> Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
> memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu
telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....
"KERANA... HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA
BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."

p/s : hurmm , sungguh murni cinta yang diberi oleh si husband ..
terimalah pasangan kite apa adanya kan .. :)